Terma & Syarat

  • Pembayaran:

    • Pelanggan perlu membuat pembayaran penuh ke atas perkhidmatan yang dipersetujui.
    • Bayaran boleh dibuat secara tunai di Pejabat Urusan My Qurban Sdn Bhd, FPX melalui laman sesawang rasmi www.myqurban.com.my, atau melalui transaksi atas talian ke akaun Maybank My Qurban Sdn Bhd 5622 6353 0309.
    • Pelanggan hendaklah mengemukakan slip bukti pembayaran sekiranya membuat pembayaran secara transaksi atas talian untuk direkodkan dan bagi mendapatkan resit rasmi pembayaran.
    • Pelanggan tidak boleh membatalkan tempahan dan pemulangan wang tidak dapat dilakukan setelah bayaran dibuat.

     

    Pelaksanaan Aqiqah:

    • Harga termasuk kos pengurusan, sembelihan, melapah dan agihan.
    • Peserta tidak boleh memilih kambing dan tarikh sembelihan.
    • Bukti penyembelihan aqiqah berbentuk gambar dan video akan disediakan, jika dilaksanakan di luar daripada musim haji.
    • Sijil penyertaan akan diproses dalam tempoh 30 – 45 hari bekerja dari tarikh sembelihan.
    • Semua sembelihan semasa musim qurban, hanya gambar dan video secara umum sahaja akan disediakan oleh pihak syarikat.

     

    Pelaksanaan Qurban atau Dam:

    • Harga termasuk kos pengurusan, sembelihan, melapah dan agihan.
    • Peserta tidak boleh memilih haiwan sembelihan qurban atau dam.
    • Bukti penyembelihan berbentuk gambar akan disediakan hanya secara umum sahaja.
    • Sijil penyertaan akan diproses dalam tempoh 30 – 45 hari bekerja dari tarikh 15 Zulhijjah setiap tahun.
    • Semua sembelihan semasa musim qurban, hanya gambar dan video secara umum sahaja akan disediakan oleh pihak syarikat.

     

    Pelaksanaan Badal/Upah Haji:

    • Harga termasuk kos pengurusan, upah pembadal dan saguhati peserta.
    • Peserta tidak boleh memilih pembadal bagi pihak peserta.
    • Sijil penyertaan dan saguhati akan diproses dalam tempoh 30 – 45 hari bekerja dari tarikh 15 Zulhijjah setiap tahun.

     

    Maklum balas:

    • Sebarang maklum balas boleh dilakukan di laman sosial facebook, instagram atau emel kami: info@myqurban.com.my