Siapa My Qurban?
My Qurban dikendalikan oleh Muhammad Rashid Shawaludin, di mana beliau merupakan lulusan dari Universiti Umm Al-Qura, Makkah, Arab Saudi dalam bidang Bahasa Arab dan Pendidikan.
Beliau mempunyai pengalaman selama hampir 15 tahun sejak tahun 2009 dalam menjalankan dan mengatur perjalanan Upah Haji, Qurban dan Aqiqah.
My Qurban telah berkolaborasi dan menjalin kerjasama dengan sebanyak 55 buah syarikat tempatan dan antarabangsa, terutamanya organisasi yang berpangkalan di Thailand, Singapura, Indonesia, Qatar, Filipina dan Afrika dalam menguruskan Qurban dan Dam di Makkah pada musim haji.
My Qurban Sdn. Bhd diasaskan untuk memberikan perkhidmatan terbaik untuk Upah Haji, Qurban dan Aqiqah. myqurban.com.my | www.facebook.com/myqurbansdnbhd