BAKAL JADI AYAH DAN IBU? JANGAN LUPA DAN TANGGUH SUNNAH AQIQAH YANG SATU INI

Aqiqah buat si kecil

Tiadalah yang menggembirakan bagi pasangan suami isteri selain menerima khabar bakal menerima cahaya mata apatah lagi yang pertama. Ketika Allah memilih kita sebagai calon ibu dan ayah, maka syukurilah kerana ramai lagi pasangan di luar sana yang sangat berhajatkannya.

Islam sangat indah kerana dipenuhi dengan sunnah, begitu juga adab dan panduan. Setiap perlakuan kita sejak dari bangun tidur hingga kembali tidur apatah lagi sejak lahir ke dunia hingga kembali kepada-Nya hakikatnya dipenuhi dengan sunnah dan tatacara. Begitu indahnya menjadi seorang Muslim.

Menyambut kelahiran juga ada sunnah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w..  Antaranya ialah membacakan azan di telinga anak, tahnik, memberi nama yang baik dan sebagainya. Kebanyakannya sunnah ini dapat dilakukan dengan baik kerana tidak memberatkan namun berbeza dengan aqiqah.

Susahkah beraqiqah?

Sunnah Aqiqah Sebagai Cenderahati Untuk Si Anak

Aqiqah buat si kecil

Secara mudahnya, aqiqah ialah menyembelih haiwan setelah kelahiran bayi sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Binatang sembelihan aqiqah adalah sama syaratnya seperti binatang qurban iaitu binatang ternakan berkaki empat. Contohnya  kambing, biri-biri, lembu, kerbau mahupun unta.

Jelas, sudah pasti sunnah yang ini memerlukan sedikit perbelanjaan atau kewangan daripada ibu ayah. Justeru, bagi yang berkemampuan sangat digalakkan bahkan disunatkan melakukannya pada pada hari ketujuh kelahiran. Namun jika menghadapi kekangan, maka ia boleh dilakukan pada hari-hari lain.

Ibu ayah tidak perlu bimbang andai terlepas melakukannya pada hari ketujuh, yang perlu dikhuatiri atau lebih berhati-hati adalah terlupa aqiqah sehingga anak baligh.

Bagaimana jika anak sudah baligh? Ya, gugurlah kewajipan itu daripada walinya. Namun si anak disunatkan pula untuk melakukannya sendiri.

Inilah antara keindahan sunnah aqiqah ini. Kelihatan sepertinya memberatkan lantaran memerlukan sedikit perbelanjaan tetapi tidak hakikatnya. Allah menghadiahi kita penyejuk mata dan amanah, maka aqiqah merupakan manifestasi kesyukuran kita kepada Allah atas kurniaan ini.

Ibu Ayah Peka, Keluarga Terpelihara

Seperti tahun-tahun sudah, tidak salah mengatakan semasa kita pulang ke kampung dan berkumpul bersama keluarga untuk raikan Aidiladha juga ibadah qurban, ada dalam kalangan keluarga atau sanak saudara yang ambil keputusan untuk turut mengadakan aqiqah. Bukanlah perkara pelik apabila aqiqah juga sering memeriahkan ibadah qurban.

Namun situasi atau pandemik Covid 19 yang menggemparkan negara kita  bahkan seluruh dunia tidak dinafikan menyebabkan ramai ibu ayah yang mengambil langkah berjaga-jaga. Sambutan Aidiladha kita kali ini sudah pasti berbeza  sebagaimana Aidilfitri yang dilalui.

Benar ibu ayah ada pilihan untuk melakukan aqiqah di tempat sendiri, ibu ayah juga ada pilihan untuk menunda lagi pelaksanaan aqiqah kerana mahu tunggu situasi reda. Namun bukankah ibu ayah juga ada pilihan untuk tetap menyempurnakan tuntutan hak si comel ini tanpa bertangguh dan pening-pening lagi?

MyQurban sedia membantu ibu ayah untuk sempurnakan aqiqah si comel di Tanah Suci dengan pakej serendah RM490. Klik:

Sekali lagi, Islam tidak pernah memberatkan jauh sekali menyusahkan umatnya. Semoga dengan mendahulukan dan menyegerakan sunnah yang masih belum terlaksana, Allah lebih memberkati. Amin.

Rasulullah mengingatkan yang bermaksud: “ Setaip bayi yang baru lahir tergadai dengan aqiqahnya. Sembelihlah haiwan untuknya pada hari ketujuh, cukurlah kepalanya dan berilah nama kepadanya.” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Wallahu a‘lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *